Jumaat, 12 Jun 2009

Pertama kali bergelar 'MAMA'



Assalammuaikum..




setelah banyak kali ku cuba untuk membuka kembali blog2 yang lama TIDAK berhasil akhirnya inilah jalan penyelesaian..wakakaka...(create blog baru le)

Setelah 5 tahun berkahwin akhirnya kumerasai gelaran 'MAMA'.Pada awal kandungan hingga saat ingin melahirkan tiada masalah. Bayi kulahir dengan kaedah c-zer.Aperkan daya itulah jalan terakhir yang aku ada.Lahirla putera sulungku.Kuberikan nama ANNAS HAIQAL.

Bayiku lahir pada 3hb April 2009 pada jam 3.46pm dengan berat 3.09kg.Aku tidak sedarkan diri selama seharian diwad kerana terlalu banyak bius berada di badanku..keesokkan harinya aku merayu pada suamiku yang aku ingin sangat melihat anak yang berada di NICU.Setelah tabung kencingku buka, aku terus bersiap2 utk melihat bayiku. Itulah kali pertama aku melihatnya. Pilu,terharu melihatnya. wayar penuh berselirat dibadan. Doktor pakar mengatakan dia merupakan bayi yang paling aktif serta perkembangan dia yang cepat. Setelah 5 hari aku di tahan di hospital akhirnya aku bersama bayiku kembali ke rumah ibuku.


inilah permatahatiku ANNAS HAIQAL ketika berusia 4 hari

Anak bujangku berusia sebulan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan