Jumaat, 19 Jun 2009

Kes Ragut. (kisah benar)

salam..

Hari ni aku letih sangat..haiqal x lena tido malam td..tekaknya masih ada lendir..huhuhu..ngantuknya..nilah rupenya kalo ada anak kecik..so kita berbalik pada tajuk diatas..

sekarang ni saner sini dengar pasal kes ragut..sampai mati 2 lah yang paling kejam..manusia aper ntah 2..maner perginya nilai2 insani..dan semalam berlaku di area umah ibuku..kebiasaannya suamiku akan ambil anak dirumah ibuku..tp disebabkan semalam ibuku hendak p umah adikku di taiping so aku p antar keta dirumah dl..kemudian baru ambik sikecik 2..

sampai saje diumah ibu aku lihat keta polis park depan kedai runcit (berhadapan ngan umah ibu)..aku tanya pada ibu kenapa..rupa2nya tuan punya kedai kena ragut dalam kedai..da la meragut rantai leher & melarikan diri..anak sulungnya menjerit meminta tolong..tp x boleh berbuat aper2 sbb penyamun 2 lai pantas..menaiki motor..dan yang paling geramnya kaki anak sulungnya (bahagian lutut) terkoyak akibat melanggar cermin kaca (almari pameran)..almari tu penyamun 2 tarik jd dia terlanggar la..

x pasal2 sekarang berada di hospital & terus operate lututnya kerana lukanya terlalu dalam..doc takut ada serpihan kaca yg tertinggal..

2 la kisahnya..dengan perasaan kasihan aku menemani rakanku (kerana dia ada anak kecik berusia 2 bulan)..aper nk jd pada zaman sekarang??

aku pn berwaspada tika ini..pada keluarga , pada sahabat handai sekalian aku nasihatkan agar berhati2 memakai barangan kemas..pakai berpada2 jangan memunjuk2..itulah nasihatku..

1 ulasan:

  1. sekarang ni orangda terdesak.,... nak dapat duit cepat,,, sampai nak munuh orang plak...huhuhu,,, tu kan kedai yang selalu aku buy aiskrim tropicana tuh,,,, kesian dia,....

    BalasPadam