Jumaat, 26 Jun 2009

kes pecah rumah lagi..

salam....

rasanya baru aje kejadian ragut dalam kedai berlaku..kali ni kes pecah rumah plak..diarea umah ibuku juga..tp polis berjaya menangkap perompak tu..horey!!! syabas polis malaysia..(sila bg sorakan jua)..cuma sorang lagi perompak x dpt ditangkap..alamak semakin byk kes2 begini..syukur la tuan rumah tiada..kalo idak x tau la..

sudah x selamat rupenya area saner ye...alamak ibuku tu tinggal berdua bersama cucu eh..(waktu bekeje)..ni kena wat aduan ngan ketua penduduk..agak2nya saper la ketua penduduk tu ye..

setelah aku selidik..rupenya ayahku sendiri ketua penduduk..wakakakakaka...ni kena wat surat plak kat ketua penduduk kan..kan..kan...

aku meulis blog ni mengikut akunya mood..kalo ada story best aku akan ceta ok...

Jumaat, 19 Jun 2009

Kes Ragut. (kisah benar)

salam..

Hari ni aku letih sangat..haiqal x lena tido malam td..tekaknya masih ada lendir..huhuhu..ngantuknya..nilah rupenya kalo ada anak kecik..so kita berbalik pada tajuk diatas..

sekarang ni saner sini dengar pasal kes ragut..sampai mati 2 lah yang paling kejam..manusia aper ntah 2..maner perginya nilai2 insani..dan semalam berlaku di area umah ibuku..kebiasaannya suamiku akan ambil anak dirumah ibuku..tp disebabkan semalam ibuku hendak p umah adikku di taiping so aku p antar keta dirumah dl..kemudian baru ambik sikecik 2..

sampai saje diumah ibu aku lihat keta polis park depan kedai runcit (berhadapan ngan umah ibu)..aku tanya pada ibu kenapa..rupa2nya tuan punya kedai kena ragut dalam kedai..da la meragut rantai leher & melarikan diri..anak sulungnya menjerit meminta tolong..tp x boleh berbuat aper2 sbb penyamun 2 lai pantas..menaiki motor..dan yang paling geramnya kaki anak sulungnya (bahagian lutut) terkoyak akibat melanggar cermin kaca (almari pameran)..almari tu penyamun 2 tarik jd dia terlanggar la..

x pasal2 sekarang berada di hospital & terus operate lututnya kerana lukanya terlalu dalam..doc takut ada serpihan kaca yg tertinggal..

2 la kisahnya..dengan perasaan kasihan aku menemani rakanku (kerana dia ada anak kecik berusia 2 bulan)..aper nk jd pada zaman sekarang??

aku pn berwaspada tika ini..pada keluarga , pada sahabat handai sekalian aku nasihatkan agar berhati2 memakai barangan kemas..pakai berpada2 jangan memunjuk2..itulah nasihatku..

Selasa, 16 Jun 2009

Perkembangan Haiqal (74 hari)

salam..

hari usia haiqal 74 hari..aper perkembangan dia? mmm..skang ni haiqal da pusing2kan badan dia..kejap kiri kejap kanan. ada sesekali dia menangkup..lepas 2 dia marah wakakaka...kalo malam2 tidonya makin lasak..da x sesuai tido ngan mama da..

hari juga kami akan pulang ke rumah..wah windu sungguh ngan bilikku itu..maka bermula la perjalanan haiqal bersama papa berulang puchong - sungai besi (umah wan)

mama harap haiqal x banyak ragam..

Jumaat, 12 Jun 2009

Jalan2 ke Genting Highland (6hb june 2009)

salam..


wah kali ni kami ke genting highland. Bukan buat aper pun sekadar memenuhi kehendak adikku semperna menyambut ulang tahun pertama perkahwinannya.Inilah kerja giler kami sekeluarga , sebab bertolak dari rumah pada jam 7 mlm dan turun ke kl pada jam 9.30 mlm.buat aper disana? hahahaha...saje nk merasai kesejukkan genting...



alisya dalam kesejukkan..

hanya 2 buah keta saje yg pergi..adik ipar aku jalan dulu bawa ayah, ibu, angah & apit serta bini eh & anak eh..(jgn mare)..manakala aku sekeluarga bersama ngan k.long puncak alam jenuh menunggu ketibaan b.man..zzzzz menunggu..kekekeke



tgk wawa suke bergambar.."wawa yang gembol"



tgk si haiqal ni...tido aje..

inilah saudara susuan..

kami turun dari genting terus menuju ke gerai makan..perut achik da lapo tahap giler ni..pulang ke rumah jam 1 pagi..sebaik anak2ku x meragam banyak..

Majlis berendoi (Annas Haiqal & Sarah Nur Alisya

Salam...

ni semua ceta2 lama..kuabadikan dalam blog ni..Pada 09 Mei 2009 kami sekeluarga telah mengadakan majlis berendoi & cukur jambul wat anak2ku.




inilah hasil buaian yang diilhamkan oleh adikku..

majlis diadakan dirumah ibuku.meriah cukup meriah.sanak saudara hadir turut memeriahkan lagi suasana.Anak adikku ku kira anak kusendiri kerana aku telah menyusuinya.begitu jua anakku.



majlis ni meriah ngan ibu2..kekekeke..malamnya meriah ngan kaum2 bapa plak.tapi yang pasti ayah & ibuku kerana dapat cucu sepasang.




(lihat mukenya yang teruk mcm kena jerawat aje)




(si sarah yang suke menangis tp sangat comel)




gunting wan jangan x gunting


dua budak botak..kekeke...wawa & sarah

Pertama kali bergelar 'MAMA'



Assalammuaikum..




setelah banyak kali ku cuba untuk membuka kembali blog2 yang lama TIDAK berhasil akhirnya inilah jalan penyelesaian..wakakaka...(create blog baru le)

Setelah 5 tahun berkahwin akhirnya kumerasai gelaran 'MAMA'.Pada awal kandungan hingga saat ingin melahirkan tiada masalah. Bayi kulahir dengan kaedah c-zer.Aperkan daya itulah jalan terakhir yang aku ada.Lahirla putera sulungku.Kuberikan nama ANNAS HAIQAL.

Bayiku lahir pada 3hb April 2009 pada jam 3.46pm dengan berat 3.09kg.Aku tidak sedarkan diri selama seharian diwad kerana terlalu banyak bius berada di badanku..keesokkan harinya aku merayu pada suamiku yang aku ingin sangat melihat anak yang berada di NICU.Setelah tabung kencingku buka, aku terus bersiap2 utk melihat bayiku. Itulah kali pertama aku melihatnya. Pilu,terharu melihatnya. wayar penuh berselirat dibadan. Doktor pakar mengatakan dia merupakan bayi yang paling aktif serta perkembangan dia yang cepat. Setelah 5 hari aku di tahan di hospital akhirnya aku bersama bayiku kembali ke rumah ibuku.


inilah permatahatiku ANNAS HAIQAL ketika berusia 4 hari

Anak bujangku berusia sebulan